Monday, 13 June 2011

De Tioman

Last week, aku and da geng termasuk nizam, izhar, moja, abang poji, abang hardy, umar, andy and khaz telah bercuti di Tioman Island. urusan percutian tersebut telah diuruskan oleh ku sendiri di samping bantuan daripada Andy dan Nizam...Thanx guys..

Lalu hari kejadian pun bermula pada jam 4.00 petang dengan keadaan ribut taufan melanda mersing. Kelam kabut juga la, masa tu nak kira duit tambang, masa tuh jugak nak amik tiket. Any way, semua berjalan dengan lancar. tepat jam 4.30 petang pada 10/06/2011 kami bertolak ke Pulau tioman

Menaiki ferry merupakan pengalaman pertama ku, maybe bagi yang lain, mereka dah biasa dengan keadaan ferry tersebut. Diri ku yang pertama kali naik ferry sangat teruja, pada setengah jam pertama dengan ikan dolphin melompat-lompat di tengah laut...Tapi setengah jam kedua, kepala dah pening2 dah...rasa nak muntah pun ada, tapi alhamdulillah, tidak lama kemudian, kami pun sampai di kawasan penginapan kami iaitu idaman beach resort di Kg. genting, Pulau Tioman.

Hujan masih lagi tidak berhenti. Namun, kami gagahkan juga kaki menuju ke chalet kami. Aku, nizam dan muja satu chalet, izhar, abang hardy n khaz satu chalet, andy, abang poji n umar satu chalet. 

Hari pertama tiada apa-apa aktiviti juat mulakan dengan makan malam je....inilah scene2 waktu makan malam hari pertama..huhuhu
    

No comments:

Post a Comment